SELAMAT DATANG Dr. JEFRI SITORUS, M.Kes semoga sukses memimpin KKP Kelas I Medan------------------------ Kami Mengabdikan diri Bagi Nusa dan Bangsa untuk memutus mata rantai penularan penyakit Antar Negara di Pintu Masuk Negara (Pelabuhan Laut, Bandar Udara dan Pos Lintas Batas Darat=PLBD) ------

Disease Outbreak News

Friday, June 19, 2009

SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

18 Jun 2009

Pandemik influenza A(H1N1) yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) tahap pandemik fasa 6 pada 11 Jun 2009, sehingga kini telah melanda 88 negara dan sejumlah 39,803 kes dengan 167 kematian telah dilaporkan. Pada fasa 6 ini, penularan telah menular meluas(global spread) di mana sehingga kini penularan tempatan telah dilaporkan di 22 negara dan 8 daripadanya melaporkan penularan yang berterusan.

Di Malaysia, sehingga kini sejumlah 27 kes telah dilaporkan yang disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1). Daripada jumlah tersebut, 12 telah sembuh sepenuhnya. Baki 15 kes yang terakhir masih dalam rawatan dan telah beransur pulih dengan respons yang baik kepada rawatan antiviral yang diberikan. Lokasi kes yang dalam rawatan adalah Hospital Sungai Buloh(6), Hospital Kuala Lumpur(2), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan(1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban(3), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu(1), Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh(1) dan Tengku Ampuan Rahimah, Klang (1).

Daripada 27 kes yang dilaporkan, 16 kes adalah melibatkan warga Malaysia, 1 penduduk tetap Malaysia dan 10 warga asing. Untuk makluman, 26 daripada kes tersebut mendapat jangkitan sewaktu berada di luar negara yang sedang dilanda pandemik influenza A(H1N1) manakala 1 kes, yang melibatkan seorang pelajar perempuan, warga Malaysia, daripada kolej swasta tempatan, yang merupakan close contact kepada 1 daripada kes import yang dilaporkan pada 12 Jun 2009. Semua kontak kes ini yang berjumlah 20 telah dikenal pasti dan dikenakan home quarantine. Pada masa ini terdapat seramai 160 orang close contacts sedang menjalani kuarantin dan kesemua mereka adalah dalam keadaan stabil tanpa simptoms jangkitan influenza.

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Sumber : http://www.moh.gov.my/MohPortal/DownloadServlet?id=3299&type=2

Travel Notices - CDC Travelers' Health

MANTAN-MANTAN KEPALA KKP MEDAN